Posts

Showing posts from December, 2016

Wishlist 2016 Yang Telah Tertunai

Image
Assalamualaikum,
Memandangkan 2016 sudah hendak melabuhkan tirainya, di bawah ini aku nak ceritakan sedikit sebanyak wishlist aku yang tertunai pada tahun ini. Bila 2017 rasa macam susah sangat nak go on, bila baca ini aku harap aku akan lebih rasa bersemangat nak achieve semua wishlist yang belum dapat ditunaikan lagi tu. Fighting! Saja aku taip awal sebab takut penghujung tahun ni akan lebih sibuk.
(btw agak kemalasan nak selit gambo sekali, sedang taip dengan rushing ni huhuhu) Januari : Dapat special getaway di Melaka selama 2 hari 1 malam with my bff, yasmin setelah hampir setahun tak berjumpa. Sekarang dia sambung belajar degree dan aku masih lagi di dalam alam pekerjaan. Pada bulan September kami ada juga buat reunion jumpa makan-makan, tengok wayang segala tapi cuma sehari sahaja lah. Entah bila lagi nak buat reunion lagi kan. Tapi tak apa, pertemuan itu di tangan Allah SWT. Semoga dapat reunion lagi next year.
Februari : Dapat hadiah handphone baru yay. Setelah berkurun menggu…

Review Filem : Sing (2016)

Image
Assalamualaikum.
Bila dah masuk penghujung tahun memang bersepah filem-filem animasi dihasilkan dan ditebitkan kepada penonton. Antaranya termasuklah filem yang aku baru sahaja tonton di panggung wayang sebentar tadi keluaran Illumination, filem Sing. Tengok tajuk dan poster pun dah boleh agak kan filem ini tentang apa. Ya, filem ini tentang nyanyian atau lebih dikenali sebagai muzikal.
Menggunakan pelakon-pelakon berbakat besar sebagai suara latar beserta pilihan-pilihan lagu terbaik sepanjang zaman, memang tak rugi korang tengok filem ni. Mula-mula aku ingat filem ni mungkin akan membuatkan aku rasa bosan dengan nyanyian ja sepanjang masa, tetapi syukur sangkaan aku meleset. Duduk dalam pawagam tu rasa macam bukan tengok sebuah filem animasi semata-mata, tetapi rasa macam tengah tengok muzikal di panggung teater! Bila performance habis, ada ja antara kami yang tepuk tangan. Haha. Memang hayati sungguh.
Berunsurkan kasih sayang, usaha dan semangat juang yang kuat, filem ini membuka …

Big Bad Wolf 2016

Image
Assalamualaikum.
Semalam aku dan adik-adik telah pergi ke karnival buku Big Bad Wolf yang bertempat di The Mines, Seri Kembangan, Selangor. Tak silap aku dah 7 tahun berturut-turut kanival ini diadakan di Malaysia tapi ini baru pertama kali aku berpeluang menjejakkan kaki di Big Bad Wolf. Sadis kan. Tapi takpe, better late than never.
Gerak dari Batu Pahat pada pukul 7 pagi dengan menaiki bas, sampai di TBS lebih kurang pukul 10 pagi dan tunggu pulak seorang lagi book hunter (my adik yang study di UIA nak join sekali katanya). Sementara tunggu melahap dulu dengan bekal nasi, roti dan sushi dari rumah hihi. Lepas adik aku  sampai di TBS, kami pun menaiki Grabcar yang sememangnya lebih murah dan efektif berbanding teksi! Dalam 15-20 minit kami pun sampai juga di The Mines. Dari jauh dah nampak berkibar banner Big Bad Wolf!
Walaupun karnival ini diadakan dalam The Mines, tetapi bukan di tingkat tempat orang ramai shopping tu tau. Lebih spesifik boleh dikatakan Big Bad Wolf diadakan di T…

Hadiah Giveaway Sa-viors dah sampai

Image
Assalamualaikum. Pagi tadi ketika aku berada di ofis, mak whatssapp katanya ada barang pos sampai. Sebagai seorang yang tak pernah beli barang online atau punya banyak kawan, aku dah agak mesti hadiah giveaway sampai.  
Giveaway yang aku maksudkan adalah Giveaway Penghargaan Sa-viors anjuran salah seorang blogger kegemaran aku iaitu Cik SVIORS !!! Kalau tak salah aku merupakan peserta pertama yang join giveaway beliau. Niat dalam hati cuma nak support tapi tak sangka terpilih juga. Alhamdulillah. Terima kasih ya atas hadiah-hadiah tersebut. Semoga Allah murahkan rezeki awak selalu. Amin
Teruskan menulis (saya peminat awak!) dan kalau buat giveaway lagi jangan lupa jemput hihi. Sampai sini dahulu entry kali ini. Tata~