Street Art Popular di Malaysia


Assalamualaikum.

Entry kali ini aku nak saji mata korang dengan beberapa street art dari serata Malaysia yang aku rasa sangat ohsem dan layak menerima standing ovation dari aku *clap clap*.
Tetapi sebelum itu aku nak cerita dengan lebih detail tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan street art. 

Street art adalah sejenis bentuk seni visual yang dihasilkan di dinding-dinding bangunan untuk tontonan umum. Jangan disamakan pula street art ini dengan grafiti atau vandalisme. Kebanyakan street art dihasilkan adalah untuk menyampaikan mesej atau sekadar untuk memberi seri keunikan dan kelainan. 

Oleh itu, tidak hairanlah pelukis-pelukis berbakat yang menghasilkan street art ini mempunyai pengikut dan peminat yang sangat mengagumi seni dan cara mereka menghasilkan seni tersebut kepada orang ramai. Bermula dari street art lah makanya terhasil lah idea untuk membangunkan muzium trick art, muzium 3D dan sebagainya lagi.

Di Malaysia ada banyak dah street art dihasilkan sekarang kalau aku tak silap. Di sini aku senaraikan beberapa tempat street art yang paling popular di Malaysia :

1. Penang Street Art
Little Boy with Pet Dinosaur
“Boy on a Bike” 
Little Children on a Bicycle

2. Ipoh Street Art
Kids On A Paperplane
Ernest's Old Uncle Drinking Coffee
Tak tahu nama. Sorryyyyy.
3. Shah Alam Street Art
Stop Global Warming 
Legendary Bujang Lapuk
Prac-Niture
Tudiaaaaa. Menarik bukan? Banyak lagi sebenarnya street art di serata Malaysia ni, tapi hanya ketiga-tiga tempat di atas sahaja yang aku pernah pergi. Rugila kalau datang, jalan-jalan ja tak ambil gambar. Terutamanya bagi peminat art macam aku ni, memang wajib ambil gambar satu-satu.
InshaAllah selepas ni jika berpeluang, aku nak terjah street art lain yang ada di Malaysia ni.

Sampai di sini dahulu, tata.

Comments

  1. Ritu pergi penang tak sempat nak singgah semua. Paling suka yg kat melaka n shah alam tu ^^

    ReplyDelete
  2. semua lawa lawa TT_TT duk kat penang pun tak menyempat lagi nak pi situ

    ReplyDelete
  3. Yang kat ipoh tu tak jumpa lah.. huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Review Filem : Train To Busan (2016)

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh