Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

*KLIK BANNER*

Assalamualaikum,

Bercakap tentang 'random kindness', secara jujurnya ambil masa hampir 30 minit jugak la untuk aku korek kembali segala memori tentang kebaikan yang telah aku salurkan kepada orang lain (mak kata kalau kita tak ingat, itu maknanya kita benar-benar ikhlas menolong. Tak tau la betul ke tak, mak yang cakap. hihi) Apapun, tiba-tiba aku teringat satu kejadian yang berlaku minggu lepas ketika aku singgah sebentar di sebuah hospital di bandar Batu Pahat untuk mengambil ubat-ubatan.

Setelah ubat di tangan, aku pun gerak kembali ke kereta sehinggalah seorang budak lelaki yang duduk di kerusi menunggu keseorangan menyebabkan langkah aku terhenti. Aku pandang sekeliling, tiada siapa pun seakan-akan mengambil peduli akan budak lelaki tersebut. Al-maklumlah, hospital dipenuhi dengan manusia-manusia yang sudah cukup terbelenggu dengan masalah masing-masing. Melihat ke arah jam, "Alamak lagi 15 minit rehat nak habis, tapi takpelah". Jujur cakap aku rasa risau dan khuatir membiarkan adik itu duduk sorang-sorang tanpa penjaga di sisi. Aku mengambil tempat di sebelah adik tersebut yang memakai baju t-shirt spiderman tanpa lengan dan seluar trek lusuh. Aku agak-agak masa tu umur dia antara 5-6 tahun. 

"Hai adik. Tunggu siapa ni?"
Dia tak menjawab. Jadi aku puyn gunakan taktik lain.
"Adik tunggu mak ayah ya? Nak akak teman tak? Akak ada Apollo ni. Nak satu?"
Dia memandang muka aku dan mengangguk. Oh yeah. Setelah memberi Apollo tersebut kepada dia, aku pun mula membawa perbualan tersebut ke arah yang lebih personal.
"Adik nama apa? Tunggu siapa?"
"Mohammad Saifullah (Dia sebut Chaipullah alahai comel). Tunggu atok kena cucuk dengan doktor"
"Ooooo. Mak ayah tak ikut ke?"
"Tak. Chaipullah tak ada mak ayah."
Aku terkesima. Secara jujurnya ketika itu air mata seakan-akan bergenang dan hanya menunggu masa untuk merembes keluar. Tapi aku control.
"Oooo. Doktor tak bagi adik masuk ya?Tak takut duduk luar sorang?"
Dia angguk. Kemudian berlari ke arah tong sampah dan membuang plastik Apollo yang aku berikan sebentar tadi.
"Tak takut. Atok cakap Allah tengah tengokkan Chaipullah."
Aku mengusap kepala dia. "Betul tu. Atok sakit ya?"
Sekali lagi dia mengangguk. "A'ah. Atok tak boleh jalan. Kesian atok."
Belum sempat aku memberi respon, kedengaran suara seorang lelaki tua memanggil nama Saifullah dari jauh. Mata Saifullah bersinar, dia melambai ke arah lelaki tua di atas kerusi roda tersebut dan memandang aku.
"Kakak, terima kasih bagi Caipullah makan. Atok dah panggil. Babai." Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan aku. Setelah itu terus dia berlari menuju ke arah atoknya dan menolak kerusi roda tersebut. Atok memandang ke arah aku dan mengangkat tangan seakan-akan mengatakan 'Terima Kasih'. Dari jauh aku dengar suara Saifullah berkata kepada atoknya sambil tersenyum, "Caipullah dah makan. Atok tak payah bawak pergi makan tau. Dah kenyang"

Allahu. Aku terduduk dan perlahan-lahan air mata aku mengalir. Semoga Saifullah dan atok sentiasa dilindungi dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT walau di mana kalian berada....

Pandang ke arah jam dinding, "ALAMAK DAH PUKUL 2:20 PM!"

INSTAGRAM : @THEZOFIROH

**Giveaway ini adalah ditaja sepenuhnya oleh @loveaa.my_ dengan kolaborasi bersama blog www.bajuwarnacoklat.com. Sebarang pertanyaan mengenai produk Shade Dough [Lip Bait] by Hanis Zalikha, cara pembelian secara online atau cod boleh hubungi 013-264 7912**



Comments

  1. All the best yaaaaa XD

    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Kesiannya dia. Ada atuk je. tupun dah sakit2. Moga dia berjaya bila dah besar nanti. :) btw good luck awak :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh