Posts

Showing posts from November, 2016

Pantai Minyak Beku & Segenting, Batu Pahat

Image
Assalamualaikum.
Semalam aku dan kawan-kawan telah pergi (akhirnya...) melihat sendiri satu-satunya pantai yang terdapat di Batu Pahat. Hanya lebih kurang 20 minit dari bandar, Pantai Minyak Beku memang padat dengan manusia mungkin disebabkan faktor hari Ahad. Walaupun agak tersorok, pantai Minyak Beku sememangnya sesuai untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan. 

Bukan setakat pantai sahaja yang menarik perhatian di sini. tetapi terdapat juga kedai-kedai kecil yang menyediakan pelbagai juadah sama ada yang ringan atau berat untuk pengunjung. Selain itu, apa yang istimewanya di sini adalah kewujudan Perigi Batu Pahat yang terkenal dengan kisahnya yang tersendiri. Dengar cerita, perigi ini tak pernah kering. Wow.

Setelah bersantai dan makan bakso di Minyak Beku, kami berangkat pula ke Segenting Love Bridge yang terletak hanya 10 minit dari Minyak Beku. Segenting pun tak kalah dengan pemandangannya yang menusuk kalbu. Memang berbaloi redah anjing-anjing (kawasan Seg…

Top 3 Genre Filem Kegemaran

Image
Assalamualaikum
Setelah sekian lama menyepi, akhirnya I AM BACK. hihi. Harap semuanya dalam keadaan- baik-baik sahaja. 
Sebagai seorang peminat filem, di sini aku nak ceritakan TOP 3 genre filem yang selalunya menjadi pilihan aku setiap kali memilih filem untuk ditonton sama ada di panggung wayang ataupun di rumah. Selain faktor pelakon dan review, genre boleh dikatakan faktor ketiga yang aku consider paling penting sebelum membuat keputusan, Selepas itu baru lah sinopsis dan trailer. Terdapat banyak sebenarnya genre yang ada untuk kategori filem ni tapi aku senaraikan tiga sahaja yang men jadi ultimate kegemaran aku. Ok lah, kita mulakan dahulu dengan nombor 1.
1. Drama - Drama yang dimaksudkan dalam kategori filem adalah karya yang semestinya bukan fiksyen dan mengandungi kuantiti humour yang sedang-sedang sahaja. Drama selalunya mengisahkan kisah hidup persona yang menghadapi situasi tertentu di dalam hidupnya sama ada secara emotional atau sebaliknya.  Dulu tak minat pun tetapi se…

Taman Botani Sri Medan, Batu Pahat

Image
Assalamualaikum.
Semalam aku dan seorang sahabat telah berkunjung ke Taman Botani Sri Medan di Batu Pahat, Johor. Jaraknya dari bandar Batu Pahat ke Sri Medan lebih kurang 30-40 minit sahaja. Dah lama sebenarnya plan nak ke sini tapi urusan kerja dan peribadi seakan tidak mengizinkan. Tetapi, akhirnyaaaa.
Dalam Taman Botani ni bukannya ada apa sangat pun tetapi aku sangat suka melibatkan diri dengan alam semulajadi. Disebabkan rindu sangat dekat Taman Tasik Taiping (my hometown), Taman Botani ni boleh kira sebagai pengubat rindu jugak la huhu.
Kalau berminat dengan tumbuhan herba-herba, tasik, jeti, pokok-pokok, tempat yang sunyi dari kenderaan kota, sesuai sangat la korang datang ke sini. Oh ya, lagi satu....korang mesti kena gigih berjalan okay. Bawa botol air sekali kalau perlu. Tempat ni sangatla besar. Berpeluh jugak la bila jalan tu. Al-maklumlah kenderaan tidak dibenarkan masuk.
Taman Botani Sri Medan ini dibuka setiap hari dari 7 a.m - 7 p.m. Di bawah ini moh aku share sediki…

Aplikasi Facebook : Who Are You?

Image
Assalamualaikum.
Bosan-bosan saja godek beberapa aplikasi facebook dan akhirnya terserempak dengan satu aplikasi yang define fakta tentang diri kita. Walaupun aku tau ini semua merapu but cmon la, chill. Sekali sekala main aplikasi macam ni best jugak hihi. Dan tadaaa inilah dia hasilnya.

Not bad. Boleh dikatakan sama la juga dengan personaliti diri aku (sori termasuk bakul terangkat sendiri). Wakakaka. Korang pun apa salahnya cuba sekali. Tak susah mana pun, hanya perlu login dengan facebook sahaja. Lepas tu done. Kalau dah cuba bagitau la aku apa yang korang dapat tau.
Klik sini ---> Who Are You? <-----
Apapun sekian sahaja short entry aku setakat ini. Nak try aplikasi lain pulak. Diingatkan, cuba boleh tapi percaya jangan hahaha. Okay jumpa lagi di lain masa. Tata.

Street Art Popular di Malaysia

Image
Assalamualaikum.
Entry kali ini aku nak saji mata korang dengan beberapa street art dari serata Malaysia yang aku rasa sangat ohsem dan layak menerima standing ovation dari aku *clap clap*. Tetapi sebelum itu aku nak cerita dengan lebih detail tentang apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan street art. 
Street art adalah sejenis bentuk seni visual yang dihasilkan di dinding-dinding bangunan untuk tontonan umum. Jangan disamakan pula street art ini dengan grafiti atau vandalisme. Kebanyakan street art dihasilkan adalah untuk menyampaikan mesej atau sekadar untuk memberi seri keunikan dan kelainan. 
Oleh itu, tidak hairanlah pelukis-pelukis berbakat yang menghasilkan street art ini mempunyai pengikut dan peminat yang sangat mengagumi seni dan cara mereka menghasilkan seni tersebut kepada orang ramai. Bermula dari street art lah makanya terhasil lah idea untuk membangunkan muzium trick art, muzium 3D dan sebagainya lagi.
Di Malaysia ada banyak dah street art dihasilkan sekarang kalau aku…

Giveaway Shade Dough by Hanis Zalikha

Image
*KLIK BANNER*
Assalamualaikum,
Bercakap tentang 'random kindness', secara jujurnya ambil masa hampir 30 minit jugak la untuk aku korek kembali segala memori tentang kebaikan yang telah aku salurkan kepada orang lain (mak kata kalau kita tak ingat, itu maknanya kita benar-benar ikhlas menolong. Tak tau la betul ke tak, mak yang cakap. hihi) Apapun, tiba-tiba aku teringat satu kejadian yang berlaku minggu lepas ketika aku singgah sebentar di sebuah hospital di bandar Batu Pahat untuk mengambil ubat-ubatan.
Setelah ubat di tangan, aku pun gerak kembali ke kereta sehinggalah seorang budak lelaki yang duduk di kerusi menunggu keseorangan menyebabkan langkah aku terhenti. Aku pandang sekeliling, tiada siapa pun seakan-akan mengambil peduli akan budak lelaki tersebut. Al-maklumlah, hospital dipenuhi dengan manusia-manusia yang sudah cukup terbelenggu dengan masalah masing-masing. Melihat ke arah jam, "Alamak lagi 15 minit rehat nak habis, tapi takpelah". Jujur cakap aku ras…