Makan Makanan Korea di DUBUYO


Assalamualaikum.


Baru-baru ni aku telah pergi ke DUBUYO, sebuah restoran makanan korea halal yang fabulus lagi marvulus. Gituw. Memandangkan di tempat tinggal aku sekarang tak ada restoran makanan Korea, sobsss. Jadi, peluang keemasan ketika praktikal di Kuala Lumpur aku gunakan untuk cari makanan Korea yang halal lagi sedap. Selain Seoul Garden. Sorry, aku memang tak gemarkan konsep yang digunakan Seoul Garden.  (Tolak dari list awal-awal). Jadi bila member rekomenkan Dubuyo ni, aku pun apa lagi, JOM TERJAH.

Bayangkan dua orang makan banyak ni. Belum tambah dessert lagi tu kuikuikui

Aku jenis tak makan sayur tapi believe or not aku dapat habiskan semua sidenish ni dalam sekelip mata omg memang sedap sangat. Takda rasa pahit pun. Manis dan masam seimbang. Memang my style.

Nasi dia walaupun warna agak aneh sikit tapi memang sodappppppp

Order toppoki cheese sebab ingat kurang pedas. Rupanya still pedas gila. Nasib baik tak order spicy punya. Kalau tak.....sayang sikit sebab topokki dia rasa agak kureng berbanding dengan yang aku pernah rasa sebelum ni.
Patbingsu ni perisa red bean. Kami makan tak habis sebab perut dah takde ruang kosong. Sobsss. Jadi aku rekomen better korang tak payah order Bingsu ni kalau makanan yang korang order banyak. Membazir karang.
Secara overall memang aku puas hati. Servis cepat, makanan pun sedap. Apa yang paling menarik sekali, masa aku pergi tu tengah ada diskaun rupanya. Alhamdulillah. Duit jimat, perut pun senang hati hehe. Hidangan yang paling aku suka dalam banyak-banyak tu adalah side dish (sayur, tauge. kimchi) dan Sondubu Jigae. Pergh memang terliur bila ingat balik. 

Air yang disediakan dalam set tu adalah air barli. Takdak rasa pun sebenarnya. Macam green tea dekat Sushi King tu pun ada jugak. Tapi aku masih boleh telan lagi la, member aku je yang terkial-kial. So dia pun order air suam (RM 1) sekali. 

Di bawah ni aku share kan beberapa menu yang terdapat di Dubuyo ni. Sebelum pergi boleh korang menelaah dulu kan. Nanti dah sampai terkebil taktahu nak order yang mana satu. 



Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang Dubuyo ni, boleh terus ke laman web mereka. Klik sahaja link di bawah tu. Di Kuala Lumpur dan Selangor memang bersepah Dubuyo ni, tetapi di Utara tak silap aku hanya terdapat di Pulau Pinang sahaja. Apapun, terima kasih sebab membaca. Siapa geng korea, meh sep sikit. Annyeong!


DUBUYO

Comments

Popular posts from this blog

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh

Backpack ke Ipoh Part 2 : Plan B