Review Filem : Train To Busan (2016)



Assalamualaikum.

Semalam aku telah ke TGV Cinema di Aeon Station 18 untuk menonton Train To Busan. Tak silap aku filem ni baru sahaja keluar di sini, agak lewat la jugak berbanding tempat lain. Sebenarnya beberapa hari sebelum ni aku ada juga pergi menonton Suicide Squad di cinema yang sama tetapi aku tak beapa ada feel nak review, mungkin sebab filem tu tak menepati expectation aku, hampir pun tak. Cuma soundtrack filem tu ja yang aku salute, yang lain please la, filem tu terlalu overrated. Jadi, aku buat keputusan hanya untuk review filem Train To Busan.

Train To Busan merupakan sebuah filem zombie thriller keluaran Korea Selatan yang dibintangi oleh Gong Yoo, Ma Dong Sook, Jung Yumi, etc. Sebelum pergi menonton filem ni, aku ada baca dan tengok review-review filem ni di internet, majoriti kata best, dan bagi aku.......memang best! 

Visual filem ni top class, begitu juga script dan lakonan sebahagian besar pelakon dalam filem ini. Walaupun filem ini bergenrekan thriller, tetapi korang dapat merasai pelbagai emosi yang bercampur baur ketika menonton filem ini, boleh dikatakan kesemua emosi tersebut, iaitu unsur kasih sayang, humor, thriller, semuanya diadun dengan sangat baik, tak terlalu over, tak terlalu plain, semua cukup rasa.

Tapi sayang, explanantion tentang bagaimana virus zombie itu datang agak kureng, begitu juga dengan ending. Filem ini basically tentang kepayahan penumpang-penumpang kereta api ke Busan ini untuk mengelak dari turut menjadi zombie. Yup. That's it. Faktor lain cuma diselitkan sedikit sahaja untuk memeriahkan filem ini, jadi dari situ boleh disimpulkan Train To Busan tidak begitu packed dengan story line seperti mana filem zombie yang pernah aku tonton sebelum ni. Bagi sesetengah orang itu lebih baik, tapi bagi aku agak minus point di situ.

Apapun, aku puas hati dengan filem ni secara keseluruhannya. Kalau diberi peluang pergi tonton lagi sekali pun aku tak kisah, memang berbaloi. Bagi yang belum tengok, silakan. Kalau boleh utamakan subtitle english berbanding melayu sebab translate dia agak salah di situ. Tak best kalau tengok filem bahasa asing kalau translation dengan script tak kena huhu.

Di sini aku share trailer filem Train To Busan untuk tontonan korang, tata.



Comments

  1. citer zombie2 ni paling best resident evil. =D

    ReplyDelete
  2. Best nyaa, nanti nak pergi tengok lah :D

    ReplyDelete
  3. Tengok trailer pun trasa macam nak berlari dari zombie.. Inikan pulak kalau tgk full. Fuh....

    ReplyDelete
  4. Scha dah tengok. Baru jeee! haha. Best kottt. Sedu gak lah tadi.

    ReplyDelete
  5. Kena tunggu kuar dvd jawabnya. Ada askar kecik susah nak tengok kat panggung huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh

Backpack ke Ipoh Part 2 : Plan B