Posts

Showing posts from September, 2016

Review Filem : Don't Breathe (2016)

Image
Assalamualaikum.
Semalam aku telah menonton filem Don't Breathe di GSC Mid Valley. Memang full cinema sampaikan buat pertama kalinya aku kena duduk di antara row paling depan. Sakit leher tu jangan cakapla macam mana. Tetapi, bersyukur jugak sebab kesakitan itu berbaloi. Filem ini tidak menghampakan.
Don't Breathe berkisar tentang 3 orang perompak yang memecah masuk rumah seorang bekas askar yang buta dan mereka terperangkap di dalam rumah penuh rahsia tersebut. Ceritanya apakah rahisa tersebut, bagaimanakah mereka dapat melepaskan diri? Ha, itulah dia motif utama filem ini. Simple sangat. Jalan cerita pun tak complicated.
Walaupun aku akui ada jugak keadaan-keadaan di mana aku dapat rasa filem ni agak rushing sikit, jadi tang situ agak kurang feel dia. Di dalam elemen suspen dan thriller, filem ini menjalankan peranan tersebut dengan baik. Memang banyak adegan yang mendebarkan, buatkan korang tak senang duduk.
Apapun sekali lagi aku ingatkan filem ini bertema thriller dan bu…

Review Filem : Train To Busan (2016)

Image
Assalamualaikum.
Semalam aku telah ke TGV Cinema di Aeon Station 18 untuk menonton Train To Busan. Tak silap aku filem ni baru sahaja keluar di sini, agak lewat la jugak berbanding tempat lain. Sebenarnya beberapa hari sebelum ni aku ada juga pergi menonton Suicide Squad di cinema yang sama tetapi aku tak beapa ada feel nak review, mungkin sebab filem tu tak menepati expectation aku, hampir pun tak. Cuma soundtrack filem tu ja yang aku salute, yang lain please la, filem tu terlalu overrated. Jadi, aku buat keputusan hanya untuk review filem Train To Busan.
Train To Busan merupakan sebuah filem zombie thriller keluaran Korea Selatan yang dibintangi oleh Gong Yoo, Ma Dong Sook, Jung Yumi, etc. Sebelum pergi menonton filem ni, aku ada baca dan tengok review-review filem ni di internet, majoriti kata best, dan bagi aku.......memang best! 
Visual filem ni top class, begitu juga script dan lakonan sebahagian besar pelakon dalam filem ini. Walaupun filem ini bergenrekan thriller, tetapi kor…