Review Filem : Groundhog Day (1993)



 
Assalamualaikum.

Dah lama rasanya aku tak review filem, dan akhirnya I'M BACK.
Kali ni aku nak review sebuah filem yang agak lama la jugak tapi tak pernah rasa lama walaupun tengok berulang kali. Inilah dia filem Groundhog Day.

Filem bergenre komedi fantasi ini berkisar tentang seorang reporter cuaca yang diberikan tugas untuk melaporkan satu festival iaitu Groundhog Day di Punxsutawney, dan suatu yang pelik terjadi kepada dirinya dimana dia terperangkap di dalam hari yang sama setiap hari !!!

Bayangkan, setiap kali dia bangun pada pukul 6 pagi, semua perkara yang berlaku pada Groundhog Day berulang lagi, begitu juga pada hari seterusnya. Pendek kata tiada esok bagi dia, setiap hari adalah 2 Februari.

Filem ini mengajar kita untuk lebih menghargai diri sendiri dan mereka yang berada di sekeliling kita sementara kita masih mampu. Begitu juga dengan pengajaran untuk kita supaya sentiasa lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh kerana peluang yang sama mungkin tidak akan berulang lagi.

Berunsur komedi dan fantasi, diselitkan juga unsur romantik, filem ni sesuai sangat untuk menontonnya dengan keluarga dan kawan-kawan, gerenti terhibur punya. Filem ini turut mendapat rating yang tinggi di iMDB dan Rotten Tomato. Bagi yang belum tengok, masukkan filem ini dalam list korang okay. Sampai di sini dahulu, tata.

Di bawah ini aku tinggalkan korang dengan trailer filem Groundhog Day. Enjoy.


Comments

  1. Wahhh tengok trailer macam best jee :D

    ReplyDelete
  2. wahhh cam nak tgk ni...
    follow sini #144
    follow back and keep in touch <3

    ReplyDelete
  3. Crita ni mmg best! Akak tengok videonya berpuluh2 kali. Akak paling suka scene time hero dah jadi pianist & pakar tukar tayar kreta. :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh