Posts

Showing posts from August, 2016

Tahniah Buat Para Atlet Malaysia di Rio 2016

Image
Assalamualaikum.
Esok Olimpik Rio 2016 bakal melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, pada temasya Olimpik kali ini, para atlet kita berjaya mengutip sebanyak 5 buah pingat iaitu 4 buah pingat Perak dan sebuah pingat Gangsa.
Pencapaian ini merupakan  yang terbaik oleh negara kita sepanjang beraksi di pentas Olimpik sejak 60-an dahulu. Melihat hero dan heroin negara kita bertarung habis-habisan untuk menjulang nama Malaysia di mata dunia sudah cukup membuatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya bangga sekali.
Terima kasih buat para atlet yang berjaya membawa pulang pingat dari Olimpik Rio kali ini iaitu, Datuk Lee Chong Wei, Chan Peng Soon & Goh Liu Ying, Pandelela Rinong & Cheong Jun Hoong, Tan Wee Kiong & Goh V Shem, Azizulhasni Awang. Mereka ini aset-aset yang membuktikan bahawa Malaysia Boleh!!!
Walaupun Datuk Lee Chong Wei tidak akan beraksi di Olimpik Tokyo 2020, tetapi harapan kita buat atlet Malaysia untuk melakar lagi sejarah yang lebih hebat di pentas Olimpik tetap…

Review Filem : Groundhog Day (1993)

Image
Assalamualaikum.
Dah lama rasanya aku tak review filem, dan akhirnya I'M BACK. Kali ni aku nak review sebuah filem yang agak lama la jugak tapi tak pernah rasa lama walaupun tengok berulang kali. Inilah dia filem Groundhog Day.
Filem bergenre komedi fantasi ini berkisar tentang seorang reporter cuaca yang diberikan tugas untuk melaporkan satu festival iaitu Groundhog Day di Punxsutawney, dan suatu yang pelik terjadi kepada dirinya dimana dia terperangkap di dalam hari yang sama setiap hari !!!
Bayangkan, setiap kali dia bangun pada pukul 6 pagi, semua perkara yang berlaku pada Groundhog Day berulang lagi, begitu juga pada hari seterusnya. Pendek kata tiada esok bagi dia, setiap hari adalah 2 Februari.
Filem ini mengajar kita untuk lebih menghargai diri sendiri dan mereka yang berada di sekeliling kita sementara kita masih mampu. Begitu juga dengan pengajaran untuk kita supaya sentiasa lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh kerana peluang yang sama mungkin tidak akan berulang l…

Dua Pasukan Beregu Badminton Kita Mara ke Final #MalaysiaBoleh

Image
Assalamualaikum.
Tahniah diucapkan  kepada dua pasangan beregu Malaysia (beregu lelaki & beregu campuran) yang berjaya menempah tiket ke pentas akhir Olympic Rio 2016. Apa yang paling menarik perhatian, kedua-dua pasangan kita berjaya menumpaskan pasukan China untuk mara ke peringkat akhir.
Ini merupakan kali pertama pasangan beregu negara kita berjaya ke peringkat akhir. Wahhhhh. Manakala bagi pasangan beregu lelaki ini merupakan kali pertama Malaysia berjaya mara ke peringkat akhir selepas 20 tahun yang lalu.
Tiada kata yang mampu diungkapkan selain Tahniah dan Terima Kasih buat kalian berempat dan mereka yang mendidik dan support kalian dari belakang dan depan. Semoga emas Olimpik pertama dapat menjadi hadiah ulung buat Malaysia, jika Perak sekalipun, kami tetap berbangga dengan kalian, dengan anak Malaysia. Sesungguhnya Malaysia Boleh.
Jangan lupa saksikan pasangan beregu campuran kita berentap esok, pada 17 Ogos 2016 dan pasangan beregu lelaki kita pula pada 19 Ogos 2016. Da…

Menikmati Sangkaya di Ipoh Parade

Image
Assalamualaikum.
Sebagai seorang peminat buah kelapa, aku dah lama mengidam nak merasa sangkaya ni. Tapi sayang, berdekatan tempat aku memang tak ada. Bila selidik punya selidik, aku dapat tahu memang ciput ja cafe yang ada menjual Sangkaya ni. Di belah utara, cumaa di Ipoh Parade sahaja terdapat Sangkaya ni. Jadi, alang-alang aku dah travel Ipoh, aku pun memulakan pencarian aku memburu Sangkaya ni.



Masa aku datang tu, customer sorang pun takdak. Al-maklumlah baru pukul 10 pagi. Siapa ja kan yang makan ais krim pukul 10 pagi huhuhu. Anyway, bila tengok menu, aku pun tanya kakak di kaunter tu yang mana paling popular, jadi dia recommend kan aku Sangkaya 4 scope di dalam tempurung kelapa dimana korang boleh pilih 4 jenis ais krim yang korang nak, plus 3 topping pilihan korang. Di bawah ais krim tu ada kelapa tau. Memang heaven la buat peminat kelapa macam aku. Dan asatu lagi, ais krim kelapa dia sedapppppppp sangat. Harganya RM 10.50 termasuk GST. Bukan nak kata apa lah, Baskin Robin, …

Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM

Image
Hadiah-Hadiah Giveaway: Pertama - Tunai RM60 Kedua - Tunai  RM40 Ketiga - Tunai RM30 Keempat hingga Kesepuluh - Top Up Bernilai RM10 Syarat-Syarat Penyertaan: 1. Terbuka kepada semua blogger Malaysia
2. Wajib FOLLOW blog ini
3. Like Fan Page ini -  or klik sini 4. Follow Twitter saya - 5. Copy banner diatas dan buat satu entry bebas bertajuk "Giveaway Tunai RM200 By ELIHJAPAHAR.COM" 6. Link kan entry tersebut pada entry ini 7. Postkan link penyertaan anda di ruangan komen dibawah Giveaway ini akan berlangsung dari 13 Ogos - 22 September 2016. Senarai pemenang akan diumumkan pada 23 September 2016, pada jam 8 pagi. JOM SAMA-SAMA MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI. MUDAH SAHAJA KAN SYARAT-SYARATNYA. KLIK SAHAJA BANNER DI ATAS UNTUK MAKLUMAT LANJUT :)

Backpack ke Ipoh Part 3 : Cafe Hipster

Image
Assalamualaikum.
PART 1 : Stesen Keretapi Ipoh PART 2 : Plan B
Okay mari kita teruskan pengembaraan seorang Zafirah di Ipoh baru-baru ini. Setelah puas ronda sekeliling Plan B, aku pun decide nak makan walaupun jam baru menunjukkan pukul 11 a.m . Tak silap aku dalam area-area Plan B ni jugak ada dalam 5-6 cafe yang unik. Kalau jalan sikit, ada berderet lagi cafe yang menarik. Disebabkan aku kejar masa dan paling penting perut aku tak cukup luas nak sumbat pelbagai jenis makanan dalam satu masa. Jadi aku telah memilih dua cafe ini setelah baca review nya di google.
1. Burps And Giggles



Makanan yang aku order adalah Pasta Creamy Mushy Goodness yang berharga RM19 dengan Jus Epal yang berharga RM8. Memang sedap sungguh. Banyak lagi makanan menarik seperti burger yang pelbagai jenis, pasta yang beraneka dan begitu juga dessert yang menarik.
Cantik kan decoration dalam kedai ni. Kombinasi antara tradisional dan western masuk sangat. Masa aku datang kedai ni baru bukak jadi tak ramai sangat. …

Backpack ke Ipoh Part 2 : Plan B

Image
Assalamualaikum,
Okay memandangkan tengah ada mood baik ni, baik aku sambung menaip tentang backpacking solo aku ke Ipoh baru-baru ini. Destinasi pertama aku ketika sampai di Ipoh adalah Stesen Keretapi Tanah Melayu Ipoh yang telah aku ceritakan di entry sebelum ini, seterusnya aku berjalan kaki dari situ ke tempat yang tidak kurang terkenal di Ipoh iaitu Plan B.
Bak kata pepatah, " Jangan risau kalau Plan A tak berhasil, Plan B kan ada" 
Jarak dari stesen keretapi Ipoh ke Plan B ambil masa lebih kurang 5-7 minit kalau korang berjalan kaki. Tak jauh mana pun. Sambil berjalan korang boleh singgah melihat JWW Birch Memorial Clock Tower, residen British pertama di Perak.

Ok, sambung balik perjalanan, akhirnya sampai jugak aku di Plan B. Tempat di mana terletaknya banyak cafe menarik, hotel unik, galeri Yasmin Ahmad dan sudah tentunya dekorasi yang antik lagi cantik. 
Sayangnya masa aku datang tu galeri Yasmin Ahmad tutup sobss. Apapun aku cukup puas hati dengan tempat ni. Berb…

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh

Image
Assalamualaikum.
Sabtu lalu aku telah singgah di Ipoh, Perak dan semestinya tempat pertama yang aku pilih untuk menjejakkan kaki adalah Stesen Keretapi Ipoh. Banyak kali dah aku baca review dari orang ramai mengatakan betapa lawanya bangunan tersebut. Sampaikan Stesen KTM Ipoh ini dijadikan salah satu tarikan pelancong ke Ipoh secara rasmi. 
Selain keunikan bangunnya yang seakan-akan Taj Mahal, stesen ini juga popular kerana dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga-bunga tempatan yang menyerlahkan lagi keindahan Stesen KTM Ipoh ini. Di hadapan tanah lapang stesen ini terdapat tugu perang dan juga pokok Ipoh yang sangat terkenal dengan getahnya yang boleh dibuat racun untuk sumpit pada suatu masa dahulu.
Dari stesen bas Medan Kidd aku terus menuju ke Stesen KTM Ipoh dengan hanya berjalan kaki. Tak jauh pun, hanya mengambil lebih kurang 5 minit sahaja. Sambil berjalan korang akan nampak Dewan Bandaraya Ipoh dan Balai Polis Ipoh yang turut menyerlah dengan keunikan bangunnya yang antik dan…

GIVEAWAY PERTAMA by FARAH SANUSI

Image
*KLIK BANNER*

Review Aplikasi : Prisma

Image
Assalamualaikum.
Pejam celik eh dah masuk bulan Ogos kita rupanya kan. Cepat sungguh masa berlalu dan aku masih lagi tak dapat mencapai beberapa target aku sejak mula berhijrah ke Perak ni. Semoga Allah SWT permudahkan urusan kita semua, Amin ya Rabb.
Okay berbalik kepada tajuk di atas. Dalam telefon pintar korang ada tak aplikasi awesome ini? Bagi seorang yang suka akan mengedit gambar + seni, aplikasi ini memang PATUT termasuk dalam aplikasi kegemaran. Kenapa?Mengapa? Meh aku explain.

Aplikasi Prisma membolehkan kita menjadikan gambar kita lebih berseni dan unik daripada lebih 20+ filter yang disediakan. Memang cantik sangat filter yang ada dalam Prisma ni, lain daripada yang lain. Prisma membuatkan bukan sahaja gambar kita menjadi lawa tetapi turut memberikan unsur seni seakan-akan gambar kita telah dilukis pakai tangan oleh artis yang berbakat. Hakikatnya hasil tersebut boleh didapati melalui Prisma dengan mudah dan PERCUMA !
Aplikasi Prisma boleh didapati di Google Play dan App …