Review Filem : Finding Dory (2016)


Assalamualaikum.

Beberapa hari lepas, aku telah menonton Finding Dory di pawagam bersama adik-adik. Dan sebagai seorang peminat Finding Nemo, aku sangat ternanti-nantikan filem ini, tetapi pulang dengan rasa hampa kerana filem ini langsung tidak mencapai 'expectation' aku.

Finding Dory berkisar tentang kesinambungan dari Finding Nemo, cuma kali ini watak utamanya adalah Dory, seekor ikan yang menghadapi short term memory loss yang kronik. Dulu Dory merupakan watak sampingan dan kali ini Dory adalah watak utama. Apa yang boleh aku katakan adalah aku sangat kecewa.

Mula-mula aku ingat aku sorang ja yang rasa macam tu, kemudian aku pun melakukan research di iMDB and yes, bukan aku sorang ja rasa macam tu. Rotten Tomato gila agaknya bagi filem ni markah 90+. Like whutttt. Sumpah filem Finding Dory membuatkan aku menguap ntah berapa kali dalam panggung wayang sedangkan aku tak pernah rasa bosan apabila menonton animasi apatah lagi keluaran Pixar. 

Bagi kanak-kanak bawah 10 tahun, filem ini mungkin best. Tetapi, bagi aku, no no, filem ini terlalu lacking untuk menjadi sebuah filem sequel yang berjaya. Sayang sekali kerana watak-watak baru dalam filem ini seperti whale dengan octopus (sorry tak ingat nama diorang) sangat berpotensi menjadi karakter yang osem seperti Dory di dalam Finding Nemo. Namun begitu, watak mereka tidak dipentaskan dengan menarik oleh Pixar.

 Filem ini hanya so-so sahaja bagi aku. Boleh dikatakan filem 2016 yang paling mengecewakan bagi aku so far :( Tapi, kalau korang tak pernah menonton filem Finding Nemo, mungkin korang akan menonton filem Finding Dory dengan persepsi yang baru. Yang lebih fresh mungkin. Korang yang dah tengok filem Finding Dory share la dengan aku apa pendapat korang tentang filem ini, ok? Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sampai di sini dahulu, tata.

Comments

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh