Review Filem : Akeelah And The Bee (2006)


Assalamualaikum.

Filem Akeelah and the Bee merupakan salah satu faktor yang menaikkan semangat aku ketika di bangku persekolahan dulu untuk lebih tekun mempelajari Bahasa Inggeris. Jadi aku dengan excitednya menaip untuk review filem ini kepada korang.

Akeelah and The Bee bukan tentang seorang gadis dengan lebah ya kawan-kawan. Tetapi, filem ini sebenarnya berkisar tentang seorang gadis yang memasuki pertandingan Spelling Bee dan pengembaraan dia dalam mencari identiti dirinya sendiri. 

Walaupun aku dah bertahun-tahun tak tengok filem ni, tapi bila ditonton balik semalam, aku masih merasakan perasaan yang sama seperti mana aku menonton filem ini pertama kali suatu masa dahulu. Dan aku baru sedar ost filem ni best-best semuanya!

Melalui Akeelah and The Bee, di samping korang dapat belajar banyak perkataan baru sama ada perkataan english atau adaptasi dari latin dan greek, korang juga belajar banyak nilai murni yang diselitkan dalam setiap babak dalam filem ini. Daripada persahabatan, kasih sayang, kekeluargaan sehinggalah kepada semangat tidak mudah berputus asa. 100% recommended ! :)

Sampai sini dahulu review kali ini, tata.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Review Filem : Train To Busan (2016)

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh