Posts

Showing posts from July, 2016

Review Filem : Akeelah And The Bee (2006)

Image
Assalamualaikum.
Filem Akeelah and the Bee merupakan salah satu faktor yang menaikkan semangat aku ketika di bangku persekolahan dulu untuk lebih tekun mempelajari Bahasa Inggeris. Jadi aku dengan excitednya menaip untuk review filem ini kepada korang.
Akeelah and The Bee bukan tentang seorang gadis dengan lebah ya kawan-kawan. Tetapi, filem ini sebenarnya berkisar tentang seorang gadis yang memasuki pertandingan Spelling Bee dan pengembaraan dia dalam mencari identiti dirinya sendiri. 
Walaupun aku dah bertahun-tahun tak tengok filem ni, tapi bila ditonton balik semalam, aku masih merasakan perasaan yang sama seperti mana aku menonton filem ini pertama kali suatu masa dahulu. Dan aku baru sedar ost filem ni best-best semuanya!
Melalui Akeelah and The Bee, di samping korang dapat belajar banyak perkataan baru sama ada perkataan english atau adaptasi dari latin dan greek, korang juga belajar banyak nilai murni yang diselitkan dalam setiap babak dalam filem ini. Daripada persahabatan, …

Notebook Giveaway By Eeca Shyaa

Image
*KLIK BANNER*
TAG : Reen Syaza Alya

K-drama Kegemaran Sepanjang Zaman

Image
Assalamualaikum.
Siapa di sini peminat k-drama? Sila angkat kening please? Selalunya aku akan cerita review filem-filem Korea tetapi kali ini istimewa sikit memandangkan aku tengok banyak benor k-drama baru yang keluar. Sampai ramai yang mengeluh nak catch up semua tak boleh, semua best-best katanya.
Jadi, disebabkan itu, kali ini aku nak share sedikit beberapa drama korea yang boleh dikategorikan dalam the best k-drama of all time , dalam versi aku sudah tentu. Walaupun aku tak follow up drama dah sejak habis tengok Descendant Of The Sun *bila dah kerja memang susah nak follow drama macam selalu*
Kalau boleh nak list semua yang aku suka tapi memakan masa berhari-hari gamaknya, jadi kita pendekkan list ini menjadi TOP 5 sahaja. Aku akan cerita sinopsis dan sebab kenapa, mengapa, bagaimana aku boleh jatuh cinta dengan drama-drama tersebut. Ok dah bersedia? Let's check it out.
5. FULL HOUSE (2004) Pelakon Utama : Rain & Song Hye Gyo Genre : Komedi Romantik Rating Viki : 9.3/10
- …

Daehan Minguk Giveaway By Siti Yang Menaip

Image
TAG : Zety

Rebut Duit Raya RM50.00 By Cik Akak

Image
*KLIK BANNER*

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H

Image
Assalamualaikum.
Hari ini merupakan 6 Syawal 1437 H, bersamaan raya ke-6, adakah aku masih dalam mood beraya? Sudah tentu tidak sebab aku dah berada di Ipoh untuk memulakan kerja keesokan harinya sobssss. Semalam gerak dari Batu Pahat, Johor dalam pukul 11 pagi macam tu, dan Alhamdulillah sampai di sini pada pukul 7 malam. Bermula dari detik itu, mood raya pun dah poof, lesap.
Apapun, tahun ni boleh dikatakan sangat meriah bagi aku berbanding tahun lepas, sebab tahun lepas aku cuma cuti 1 Syawal, esoknya aku dah kerja, Alhamdulillah tahun ni pekerjaan baru aku membolehkan aku untuk cuti seminggu weeee. Jadi, aku berpeluang beraya ke banyak rumah sedara-mara tahun ni.
Tahun ini juga amat bermakna bagi aku sebab selain baju raya sendiri, aku juga berpeluang belikan baju raya untuk mak ayah aku serta memberikan mereka duit raya juga. Berkat bonus bos bagi, Alhamdulillah. Adik-adik aku pun kemain happy dapat duit raya dari aku dan juga dari adik kedua aku yang kerja part-time di pasar ra…

Giveaway Pertama Edisi Raya

Image
*KLIK BANNER*

Review Filem : Finding Dory (2016)

Image
Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas, aku telah menonton Finding Dory di pawagam bersama adik-adik. Dan sebagai seorang peminat Finding Nemo, aku sangat ternanti-nantikan filem ini, tetapi pulang dengan rasa hampa kerana filem ini langsung tidak mencapai 'expectation' aku.
Finding Dory berkisar tentang kesinambungan dari Finding Nemo, cuma kali ini watak utamanya adalah Dory, seekor ikan yang menghadapi short term memory loss yang kronik. Dulu Dory merupakan watak sampingan dan kali ini Dory adalah watak utama. Apa yang boleh aku katakan adalah aku sangat kecewa.
Mula-mula aku ingat aku sorang ja yang rasa macam tu, kemudian aku pun melakukan research di iMDB and yes, bukan aku sorang ja rasa macam tu. Rotten Tomato gila agaknya bagi filem ni markah 90+. Like whutttt. Sumpah filem Finding Dory membuatkan aku menguap ntah berapa kali dalam panggung wayang sedangkan aku tak pernah rasa bosan apabila menonton animasi apatah lagi keluaran Pixar. 
Bagi kanak-kanak bawah 10 ta…

Hadiah Giveaway Aryana Couture dah Sampai

Image
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, baru-baru ini aku dikejutkan dengan berita bahawa aku telah berjaya mendapat hadiah dalam giveaway yang dianjurkan oleh Sis Aina.
Tak silap aku tarikh pemenang diumumkan adalah pada 27/6/2016. Jadi, aku tak sangka langsung hadiah tersebut akan sampai sebelum raya kerana semua orang tahu kan, pos laju last pada 29/7/2016. Tup-tup masa di ofis tadi, sampai bungkusan untuk aku.
Yay. Sis memang terbaik lah. Nanti raya boleh kite pakai shawl Aryana Couture ni. Terima kasih banyak-banyak kepada para penganjur yang menganjurkan giveaway ini.
Salam Ramadhan.

Kafe Setinggan : Laksa Telur Goreng Ipoh

Image
Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas aku dan kawan-kawan satu ofis membuat keputusan untuk berbuka puasa di Kafe Setinggan Laksa Telur Goreng Bersarang di Ipoh. Memandangkan aku ni memang hantu laksa, apa lagi, memang laju ja setuju. Dan keputusan yang kitorang ambil tu takkan pernah kitorang sesali sebab laksa sarang diorang memang TERRRRRBAIKKKK. Ha, siap ada disclaimer *gambar di atas* lagi. Pastikan korang makan laksa ini di kedai yang ORI okay.
Kalaupun korang tak berapa minat dengan laksa, tapi korang masih boleh ke sini untuk menghayati keunikan dan kecantikan kafe ini, ala-ala hipster gituw, lawa sangat. Sayangnya aku tak dapat nak ambil gambar secara detail memandangkan aku pergi ke sana waktu berbuka, dah malam plus sesak sungguh dengan manusia. Memang popular kafe ni. Masa aku sampai dalam pukul 7 pm macam tu, masih ramai lagi orang yang beratur.
Aku dan kawan-kawan memilih untuk makan secara buffet dengan harga serendah RM 10 bagi dewasa dan RM  bagi kanak-kanak. Ada kuih…