Review Filem : Hello Ghost (2010)



Assalamualaikum.

Filem Hello Ghost dah lama keluar tapi aku baru nak tengok. Hal ini kerana aku tak suka tengok filem-filem horror ni, tengok tajuk pun aku dah tau filem ni tentang hantu bagai, walaupun aku tau filem ni komedi sebenarnya tapi aku masih tak terbuka hati nak tengok, walaupun pelakon utamanya adalah antara pelakon kegemaran aku, Cha Taehyun. Tapi, sekarang dah besar sikit, dah berani kan haha.

Hello Ghost berkisar tentang seorang lelaki yang dah give up dengan life dia dan nekad untuk membunuh diri beberapa kali tapi tak berhasil. Hinggalah satu saat nafas dia terhenti, dia mendapat satu kelebihan iaitu boleh melihat orang yang dah mati, atau hantu la senang cerita.

Filem ni lebih berunsur komedi berbanding seram, hantu pun semua comel-comel ja perangai, ada yang terlampau suka makanan manis, ada yang tak berhenti menangis dan macam-macam lagi. 

Walaupun aku dah biasa dengan plot cerita macam ni, Hello Ghost masih boleh ditonton dengan rasa fresh dan happy. Jalan cerita filem ini tak begitu berbelit dan mudah difahami dan diikuti. Apa yang penting, korang kena tumpukan perhatian betul-betul walaupun filem ni agak ringan sebab ending dia sangatlah supeb bagi aku. Korang jadi terkedu dan terkejut, sedih dan gembira. Semua perasaan menderu datang. Jadi kalau korang tak tumpukan perhatian masa tengok Hello Ghost, korang takkan dapat hayati ending dia.

Memang berbaloi tengok filem ni, jauh dari tanggapan aku sebelum ni. Bagi peminat filem komedi, jangan lepaskan peluang untuk menonton filem Hello Ghost.

Sampai di sini dahulu review filem kali ini, tata.


Comments

  1. Sama la. Miza pun tak berapa minat tengok cerita hantu sejak sejak ni. Hahahah tapi tengok poster dia pun dah tahu ni cerita komedi punya hantu. XD Btw terima kasih review. Boleh tengok jugak. Hee

    ReplyDelete
  2. samalah kita suka layan2 citer seram ni. okay pasni bolehla try tengok ni plak. mmg xpernah tgk lg

    ReplyDelete
  3. suka jugak tengok cerita oh my ghost 2 thai horror comedy movie =)

    ReplyDelete
  4. saya sukaaa cerita hantu tapi lepas tengok movie hantu kene layan movie lawak ke cartoon ke bagi lupa cite hantu tadi. kalau ta, memang ta tido lah jawab nye huhuu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh