Setiap Kali Jauh Dari Rumah






Assalamulaikum.

Pertama sekali aku nak ucapkan Terima Kasih banyak-banyak kepada semua kawan-kawan blogger yang beri sokongan dan cadangan pada entry aku yang sebelum ni, alaa yang berkaitan dengan Photoshop dan Adobe Illustrator tu...> SINI <

Alhamdulillah, sekarang aku dah pandai buat banner dan flyers dengan menggunakan kedua-dua software tersebut. *walaupun masih terlampau banyak kekurangan lagi huhu* Ini semua berkat korang semua. Selepas ni aku akan berusaha lebih keras lagi untuk mendalami kedua-dua software ni. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, ye dok? ;)

Anyway berbalik kepada tajuk di atas, pernah tak korang alami satu dua tiga atau lebih lagi tanda ganjil setiap kali korang jauh dari rumah? Macam dalam kes aku, rumah aku terletak di Batu Pahat, Johor. Ketika waktu diploma aku belajar di Alor Gajah, Melaka, dan sekarang aku bekerja di Batu Gajah, Perak *macam ada something ja antara aku dan gajah lol*.


Nak tahu apa dia perkara ganjil tersebut..?Aku susah sangat nak tidur.. sedangkan di rumah, walaupun masa tu aku bekerja dan belajar dekat dengan rumah, aku mudah sangat nak tidur. Dah macam Nobita, tak sampai 10 saat mata terpejam. Serius! Tapi, setiap kali aku pergi tempat jauh sikit tak kira berapa lama pun, aku mesti susah nak tidur. Tak kira berapa awal pun aku masuk tidur, aku mesti akan tertidur dalam pukul 3 atau 4 pagi macam tu, kadang-kadang lebih lewat lagi.


Bagi orang yang insomnia atau yang tak familiar dengan tidur awal, perkara ini biasa. Tetapi, bagi aku, perkara ni tak. Kurang tidur menyebabkan muka aku lemau esok pagi, dengan sakit kepalanya, dengan sakit badannya. Haih. Dah macam-macam trick aku cuba, tapi satu pun tak menunjukkan kesan. :(

Aku tak pasti apakah perkara ini normal atau tak. Kalau sekejap tak apa, aku masih boleh tahan lagi. Tapi, ini dah, masuk minggu ketiga di sini dan aku masih lagi tak boleh tidur lena. Perkara ni sebenarnya sangat membimbangkan aku. Masa belajar dulu aku tak bimbang sangat sebab  masa tak tidur tu aku manfaatkan dengan menyiapkan assignment dan study semua, so normal la sakit kepala semua, nama pun study kan. Tapi, bila masuk era bekerja ni, aku jadi tak selesa sangat.

Korang ada tips tak yang boleh kongsi dengan aku untuk atasi perkara ni? Terima kasih sebab sudi baca, kurang sikit rasa gelisah yang sekian lama bersarang di dalam dada ni, Terima kasih banyak-banyak ya.

Salam Sayang.

Comments

  1. Awak pulak dah insomnia ke? Huhu. Biasa kalau beralih tempat tinggal, agak payah kita nak tidur. Tapi awak dah masuk minggu ketiga. Patutnya dah biasa kan. Huu. betul awak cakap, kalau kita dah bekerja, tak cukup tidur sangat memeningkan kepala. Rasa tak seronok je nak pergi kerja esok harinya kan. Saya takde tips lah awak, maaf. Sebab saya jenis tidur je.. Huhu. Tapi pernah dengar, cuba minum susu sebelum tidur. Org kata boleh bagi mengantuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya dari 5 tahun memang tak minum susu awak, tu badan macam tulang tu haha, anyway thanks for the tip :)

      Delete
  2. alhamdulillah zety xde masalah ni, maybe hari pertama je la ssh sket nak tido kt tmpt baru... =)

    ReplyDelete
  3. Biasa kalau beralih tempat memang susah sikit tidur. Hehee. Cuba elakkan makan berat dan ambil kafein dua ke tiga jam sebelum tidur sebab kadang2 tu yang menyebabkan susah tidur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn :( ok, akan dicuba lepas ni,terima kasih untuk tips :D

      Delete
  4. for me pun klu berbulan cuti pastu tiba masa msuk uni seminggu jgk xleh tido plus kejap nangis kejap temenung igt kat umah makan pun nak xnak je..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, dah macam pungguk rindukan bulan pulak :3

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh