Review Filem : Veteran (2015)



Assalamualaikum.

Semalam, setelah sekian lama akhirnya aku berpeluang juga menonton filem Veteran ni. Buat pengetahuan korang, filem ini merupakan filem Korea (Selatan of course). Filem-filem dari negara diorang sentiasa berada dalam top list aku, termasuklah filem ni. 

Kalau korang familiar dengan rancangan variety show Korea seperti Running Man, Infinity Challenge, Gag Concert dan sebagainya, korang mesti familiar dengan filem ini. Hal ini kerana filem ini merupakan filem yang sangat sukses justeru banyak parodi dilakukan berdasarkan filem ini sendiri. Tambahan lagi pelakon-pelakon dalam filem ni, majoriti A-list, semua pelakon kegemaran aku. Mana mungkin aku lepaskan peluang untuk menonton filem ini walaupun agak kelewatan jugak la huhu.

Genre filem ini adalah aksi dan diselitkan sedikit unsur komedi dalamnya. Kalau korang suka filem yang ada unsur love gituw, filem ini memang bukan untuk korang ler. Filem ini agak kasar sedikit bahasanya (walaupun kebanyakan filem korea memang sebegitu) dan banyak unsur violent dalamnya. Apa yang paling penting, banyak pengajaran seperti kesetiaan, integriti dan ketabahan yang boleh korang petik dari filem Veteran ni.

Aku sebagai seorang penggemar filem meruntun hati, filem yang kasi air mata ni ringan sangat nak mengalir pun agak terkejut sebab aku boleh suka pulak dengan filem ni. Aku punya style kalau dalam masa 15 minit filem tu tak berjaya buatkan aku tertarik, aku stop tengok. Filem ni berjaya buatkan aku tertarik sampai tumbuk-tumbuk bantal sebab geram sangat dengan watak antagonis dalam filem ni haha. 

Macam biasa seperti dalam review filem dari aku yang sebelum ni, tidak perlulah aku ceritakan sinopsisnya. Kalau nak tahu, rajinkan tangan, google ya. Di bawah ni aku share trailer Veteran dekat korang, cuba tengok dan rasai kehebatannya. Lepas tengok filem ni, gerenti korang mesti tak menyesal punya. Selamat menonton !!!


Comments

  1. movie eh ? mcm mnarik. Actors dia pun familiar. Kalau drama tak jadi ah tgok. haha

    ReplyDelete
  2. First time dengar tajuk filem ni. siqah kalau filem korea kurang sikit menonton. Kalau drama pun, based on recommendation je :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh