Pengalaman ke Kellie's Castle


Assalamualaikum.

Hari ni aku meluangkan masa untuk ke Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak. Lebih kurang 20 minit dari tempat aku bekerja. Untuk seorang yang baru sahaja 3 minggu berada di sini, boleh dikatakan osem jugak la aku dapat ke sana seorang dengan menggunakan pengangkutan awam iaitu bas dan teksi. Kalau korang nak ke Kellie's Castle dari Stesen Bas Batu Gajah, lebih baik naik teksi sebab nak tunggu bas memang berjanggut jugak lah. Aku ni pulak memang jenis tak penyabar orangnya, jadi aku pun naik teksi walaupun agak mahal sobss. RM 10 ya kawan-kawan.

Apapun, setelah sampai di situ dalam pukul 9 pagi. Aku terkedu. Cuma ada dua buah kereta parking. Amboi kemain awal aku. Tapi berbaloi sebenarnya. Sebaik sahaja jam masuk 11 pagi ke atas, manusia berduyun-duyun. Tempat parking pun penuh. 

Buat pengetahuan korang, kalau hari Isnin-Jumaat, parking adalah free. Tetapi, pada hari minggu, parking RM 2 tak kira berapa lama korang parking. Bayaran masuk pula adalah RM 5 untuk dewasa, RM 3 untuk kanak-kanak dan RM 10 untuk pelancong asing. Pastikan korang yang bumiputera ni bawa kad pengenalan ya. Kalau tak korang akan dicas RM 10, sama seperti pelancong asing.

 

 Di pintu masuk ni, aku bersembang lama jugak la dengan seorang brader India yang sangat fasih berbahasa melayu. Dia yang jaga parking di sini setiap sabtu dan ahad. Bermacam-macam kami borak macam dah lama kenal pulak. Daripada soal kehidupan tentang kerja, pelancongan dan sebagainya hinggalah ke cerita seram. Seram pasal apa tak payahla aku cerita, nanti korang takut nak datang sini pulak

Tadaaaa. Memandangkan aku datang sorang. Tak ada sapa dapat ambil gambar aku depan mercu tanda ni. Waaaa. Apapun, rasa berbaloi ja duit teksi tadi lepas tengok pemandangan ni. Aku memang suka tempat-tempat bersejarah macam ni. Tapi, tempat paling aku suka adalah tempat yang dikelilingi kehijauan dan Kellie's Castle ni merupakan gabungan kedua-duanya.



Cantik kan kafe di sini? (Yang pakai topi putih baju putih tu manusia ya.......). Kemas dan bersih keadaan di sini, mungkin sebab masih awal pagi agaknya. Apapun memang selesa. Surau dan tandas juga terletak di area sini juga. Nanti dah masuk istana tu jangan nak cari makanan cari toilet bagai ya, better isi perut dan buang isi perut di sini dulu sebelum naik. Kalau korang bawak bekal pun bagus juga sebab di sini hanya makanan siap masak sahaja yang ada. Tak begitu banyak pilihan.


Sudut cenderahati pun ada di sebelah kafeteria. Daripada key chain, buku nota, pen, mug, baju hinggalah ke sudut melukis potret. And guess what. Aku request seorang pakcik ni untuk melukis gambar aku, Pakcik ni nama dia Nuoin. Dia sangat manis dan peramah. Manis di sini bermaksud tata susila dan percakapan dia. Memang sejuk hati. Banyak benda aku sembang dengan pakcik Nuoin, orang peramah kedua yang aku jumpa di sini. Aku merupakan customer pertama dia hari ni hihik. Inilah hasilnya lukisan pakcik Nuoin...

Lukisan pakcik Nuoin sememangnya lebih cantik dari tuannya lolol. Ada tiga orang brader kartunis di sini jadi korang tak perlu risau nak kena beratur ke apa, pilih ja yang mana satu korang nak. Dan aku pilih Pakcik Nuoin :) Kalau nak potret tanpa warna harganya RM 10, kalau bewarna macam aku punya ni, harganya RM 20.

Pelancong yang aku jumpa di sini datang dari pelbagai negara. Aku berselisih dengan orang Taiwan, Kora dan juga German! Wahh. Tempat ceruk macam ni pun diorang nak pergi kan. Tengok betapa istimewanya Kellie's Castle ni. Setelah puas berjalan, dalam pukul 1 macam tu baru aku naik bas semula ke stesen bas Batu Gajah dan seterusnya naik teksi ke rumah sewa aku. 

Mesti ada yang tertanya kenapa aku tak tunjuk gambar struktur dalaman istana kan? Sebabnya...
1. Terlalu banyak gambar, lebih 100 ! Macam mana nak pilih waaa.
2. Baru la korang yang belum pergi tu lebih rasa ingin tahu kan kan kan?

Itulah dia pengalaman singkat aku ke Kellie's Castle. Kalau nak tahu sejarah tentang istana ni, jangan risau, bersepah di google. Tinggal korang rajin ke tak nak cari je. Kalau korang ke sini, tanylah penduduk tempatan sini, lagi banyak yang diorang tahu.

Satu misi #ZofirohTravel dah sukses. Misi seterusnya? Wait and see jeng jeng jeng.

Comments

  1. cantik..pasti disebali tersergam indah bangunan ini tercatat 1001 kisah yang tercatat atau sebaliknyakan...

    ReplyDelete
  2. Pernah sampai juga Kellie Castle ni. Menarik.

    ReplyDelete
  3. Seronoknyee... MEsti cantik dalamnya kan.. Comeynye lukisan yg dilukis tu.. Cute je..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Kita baru lepas pergi jumaat lepas. Rumah kita dekat je dekat Clearwater Golf tu tapi baru sekali pergi haha XD Masa kita pergi tu lagi lah, takda orang lain.

    ReplyDelete
  5. wow..bestnye..siap ade cafe..AB inga die just istana lama mcm tu je..akak AB dulu pergi, balik sampai demam..hahaha..misteri sangat Kellies Castle ni

    ReplyDelete
  6. Pernah sampai sini. Menarik tempatnya dan adakalanya rasa seram tetiba :)

    ReplyDelete
  7. Menarik juga tempatnya..
    Selalu lalu jer..
    X pernah singgah lagi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Review Filem : Train To Busan (2016)

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh