Makanan berasaskan Mi di Korea

Assalamualaikum.
Kalau korang familiar dengan k-drama ataupun variety show seperti Running Man dan Family Outing, korang pasti juga familiar dengan makanan yang menjadi makanan ruji penduduk Korea kan? Di bawah ni aku nak share dengan korang beberapa jenis makanan yang berasaskan Noodles ataupun dalam bahasa kita, Mi di Korea yang sangat popular. Pendek kata dalam drama mesti muncul punya lah. Check it Out.
JAJANGMYEON


Mesti korang selalu tengok atau at least dengar kan tentang Jajangmyeon? Buat pengetahuan korang, Myeon  bermaksud Mi, manakala Jajang bermaksud Sos Kacang. Masa mula-mula tengok aku ingatkan warna hitam tu macam kuah Mi Hailam. Tapi, bila dah tahu, sebenarnya sikit pun tak sama huhu. Walaupun Jajangmyeon kerap dimakan oleh K netizen, Jajangmyeon masih lagi menjadi pilihan utama setiap kali ada majlis tertentu seperti Majlis tamat pengajian dan Hari karnival sekolah. 


Dan yang paling penting, di Korea, pada 14 April setiap tahun, mereka menyambut Black Day di mana ia adalah hari istimewa di mana orang bujang yang tidak mendapat apa-apa hadiah pada Valentine Day ( 14 Feb) dan White Day (14 Mac) berkumpul bersama-sama dan menikmati Jajangmyeon sebagai tanda simpati antara satu sama lain. Tapi, kadang-kadang mereka yang menyambut Black Day ni semata-mata adalah kerana mereka sangat sukakan Jajangmyeon. Kalau korang pergi Korea, bersepah makanan di merata tempat, delivery Jajangmyeon pun banyak. Pendek kata, Jajangmyeon ni memang makanan top di sana tidak kira jantina dan usia.

JJAMPONG

JJampong ataupun Champong adalah salah satu masakan China-Korea yang paling popular dibuat dan dinikmati di seluruh Korea selepas Jajangmyeon. Walaupun makanan ini merupakan makanan gabungan dua negara tersebut, tetapi nama Jjampong berasal daripada  Jepun yang bermaksud 'Campuran'. Hal ini demikian kerana Jjampong merupakan campuran mi, makanan laut, sayur sayuran, daging, rempah pedas dan sup berperisa. 
Dengar cerita Jjampong ni menjadi kegemaran di sana disebabkan kepedasan yang sangat tinggi. Orang Korea berpendapat, semakin pedas Jjampong, semakin sedap rasanya. Ha gituww. Kalau korang yang tak tahan pedas macam aku ni, lupakan je la hasrat nak merasa Jjampong ni huhu.

RAMYEON



Terdapat dua kaedah yang berbeza untuk makan Ramyeon. Cara pertama adalah membeli ramyeon segra dalam bungkusan dan masaknya dalam periuk dicampur dengan telur, kek ikan, sayur sayuran dan pelbagai lagi side dish untuk memeriahkan lagi remyeon tersebut. Selalunya cara ni digunakan bila ada perjumpaan bersama keluarga atau rakan-rakan.
Cara yang kedua pulak adalah ramyeon yang dimakan di dalam cawan kertas selepas dituang air panas ke dalamnya. Di Korea, selalu di kedai runcit memang korang akan nampak ramai yang sorang-sorang tu duduk dalam kedai makan ramyeon cup ni. 
Alah, tak jauh beza pun konsep ramyeon dengan mi segera sebenarnya. Siapa ja yang tak suka mi segera kan, sedap satu hal, mudah dan cepat pulak tu. Begitu juga halnya di Korea.

Ha, ini dia makanan Top 3 di Korea. Banyak lagi sebenarnya aku nak share tapi atas kesuntukan masa, hanya ini dahulu aku dapat share dengan korang. Ada tak dia antara korang yang pernah makan ketiga-tiga makanan ni? Kalau aku sampai sekarang belum ada rezeki lagi. Ramyeon yang popular orang pakat dok buat challenge tu pun aku tak pernah makan. Bukan apa, perut aku ni lemah sikit untuk menghadam makanan pedas sobss. Selepas ini, aku akan share top makanan di korea yang berasaskan Nasi pulak. Stay tuned!
Terima kasih korang kerana sudi baca.
Anyyeong!!!

Comments

  1. jjangmyeon tu macam seram je kaler dia haha

    ReplyDelete
  2. Pernah makan Ramyeon... Pergh!! Pedas gila..
    Memnag makan sikit jelah..

    ReplyDelete
  3. Aritu pergi ioi kowt.. rasa ramyeon dia sebijik mcm maggi kari tambah sayur je. hihi. btw teringin nak rasa jajangmyeon tu. hee

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh