Posts

Showing posts from May, 2016

Tahan Sakit

Image
Assalamualaikum
Aku berjaya mendapat hadiah saguhati dari sebuah giveaway anjuran SIS ANN yang baru sahaja tamat. Terima kasih kepada semua penganjur terutamanya SIS YANA .
Semoga murah rezeki kalian sentiasa, Alhamdulillah.

Berbalik kepada tajuk, semenjak dua menjak, ni aku sering sakit gigi. Sekejap belah kanan la, sekejap belah kiri la. Tapi, aku pun tak curious nak cari sebabnya sebab dah trang tang tang terhidang sebabnya di depan mata, cuma aku ja yang buat buta.
Diorang tanya 'Tak nak pergi klinik ke?'
Atau 'Tak makan panadol ke?'
Terima kasih sangat sebab ambil berat. Tapi jawapan aku tetap sama, 'TAK'

Aku dari kecik memang takutkan klinik, hospital dan yang sama waktu dengannya. Bila aku melangkah ke tempat-tempat tersebut, automatik darah aku menderu, jantung aku dup dap laju, pendek kata memang tak ngam lah aku dengan tempat-tempat macam tu. Alhamdulillah, setakat ni aku tak pernah lagi masuk wad, setakat masuk wad jenguk orang sakit sekejap ada la…

Makanan berasaskan Mi di Korea

Image
Assalamualaikum. Kalau korang familiar dengan k-drama ataupun variety show seperti Running Man dan Family Outing, korang pasti juga familiar dengan makanan yang menjadi makanan ruji penduduk Korea kan? Di bawah ni aku nak share dengan korang beberapa jenis makanan yang berasaskan Noodles ataupun dalam bahasa kita, Mi di Korea yang sangat popular. Pendek kata dalam drama mesti muncul punya lah. Check it Out. JAJANGMYEON

Mesti korang selalu tengok atau at least dengar kan tentang Jajangmyeon? Buat pengetahuan korang, Myeon  bermaksud Mi, manakala Jajang bermaksud Sos Kacang. Masa mula-mula tengok aku ingatkan warna hitam tu macam kuah Mi Hailam. Tapi, bila dah tahu, sebenarnya sikit pun tak sama huhu. Walaupun Jajangmyeon kerap dimakan oleh K netizen, Jajangmyeon masih lagi menjadi pilihan utama setiap kali ada majlis tertentu seperti Majlis tamat pengajian dan Hari karnival sekolah. 

Dan yang paling penting, di Korea, pada 14 April setiap tahun, mereka menyambut Black Day di mana ia adala…

GIVEAWAY COMEBACK CASHMONEY BY MG

Image
Assalamualaikum.
Jom sama-sama memeriahkan giveaway blogger MG ni. Klik sahaja banner di atas untuk maklumat lanjut :)

Review Filem : Ode To My Father (2014)

Image
Assalamualaikum.

Semalam aku telah menonton filem 'Ode To My Father' yang sangat meruntun hati sampai setengah kotak tisu jugak la aku habis sebab filem ni. Bagi korang yang tak minat filem sedih, jangan risau, banyak unsur komedi turut diselitkan bagi memeriahkan lagi filem ini. Pendek kata, memang cukup rasa lah.

Tengok tajuk pun korang dah boleh agak kan filem ni tentang apa kan. Ya, filem ini berkaitan pengorbanan seorang ayah kepada keluarganya dan juga pengorbanan seorang anak sulung dalam membalas pengorbanan ayahnya. Sekarang ni tak banyak filem yang berkaitan dengan 'Ayah' dihasilkan, jadi jangan lepaskan peluang korang untuk menonton filem ini.

Filem Korea Selatan ini berpusat di Busan, ketika era Korean War pada tahun 1950 sehinggalah ke Seoul, 50 tahun kemudiannya iaitu di zaman sekarang. filem ini bagaikan kronologi yang mengisahkan kehidupan sebuah keluarga semenjak era perang tersebut sehinggalah sekarang.

Buat pengetahuan korang, filem Ode To My Father…

Review Filem : Veteran (2015)

Image
Assalamualaikum.
Semalam, setelah sekian lama akhirnya aku berpeluang juga menonton filem Veteran ni. Buat pengetahuan korang, filem ini merupakan filem Korea (Selatan of course). Filem-filem dari negara diorang sentiasa berada dalam top list aku, termasuklah filem ni. 
Kalau korang familiar dengan rancangan variety show Korea seperti Running Man, Infinity Challenge, Gag Concert dan sebagainya, korang mesti familiar dengan filem ini. Hal ini kerana filem ini merupakan filem yang sangat sukses justeru banyak parodi dilakukan berdasarkan filem ini sendiri. Tambahan lagi pelakon-pelakon dalam filem ni, majoriti A-list, semua pelakon kegemaran aku. Mana mungkin aku lepaskan peluang untuk menonton filem ini walaupun agak kelewatan jugak la huhu.
Genre filem ini adalah aksi dan diselitkan sedikit unsur komedi dalamnya. Kalau korang suka filem yang ada unsur love gituw, filem ini memang bukan untuk korang ler. Filem ini agak kasar sedikit bahasanya (walaupun kebanyakan filem korea memang s…

Pengalaman ke Kellie's Castle

Image
Assalamualaikum.
Hari ni aku meluangkan masa untuk ke Kellie's Castle yang terletak di Batu Gajah, Perak. Lebih kurang 20 minit dari tempat aku bekerja. Untuk seorang yang baru sahaja 3 minggu berada di sini, boleh dikatakan osem jugak la aku dapat ke sana seorang dengan menggunakan pengangkutan awam iaitu bas dan teksi. Kalau korang nak ke Kellie's Castle dari Stesen Bas Batu Gajah, lebih baik naik teksi sebab nak tunggu bas memang berjanggut jugak lah. Aku ni pulak memang jenis tak penyabar orangnya, jadi aku pun naik teksi walaupun agak mahal sobss. RM 10 ya kawan-kawan.
Apapun, setelah sampai di situ dalam pukul 9 pagi. Aku terkedu. Cuma ada dua buah kereta parking. Amboi kemain awal aku. Tapi berbaloi sebenarnya. Sebaik sahaja jam masuk 11 pagi ke atas, manusia berduyun-duyun. Tempat parking pun penuh. 
Buat pengetahuan korang, kalau hari Isnin-Jumaat, parking adalah free. Tetapi, pada hari minggu, parking RM 2 tak kira berapa lama korang parking. Bayaran masuk pula adal…

#Ananasgoodmood Shawls Giveaway

Image
Assalamualaikum. 
Jom join Giveaway ni korang. Klik je banner lawo di atas ni :) Moga ada rezeki aku. Kalau tak ada tak apa, seronok dapat meriahkan Giveaway yang dianjurkan oleh Cik Nur farhana ni. (Sebenarnya aku nampak ja ayat'Shawl' tu, terus sepantas kilat join hihik)
Apapun, Good Luck pada semua yang join !!!

Setiap Kali Jauh Dari Rumah

Image
Assalamulaikum.
Pertama sekali aku nak ucapkan Terima Kasih banyak-banyak kepada semua kawan-kawan blogger yang beri sokongan dan cadangan pada entry aku yang sebelum ni, alaa yang berkaitan dengan Photoshop dan Adobe Illustrator tu...>SINI <
Alhamdulillah, sekarang aku dah pandai buat banner dan flyers dengan menggunakan kedua-dua software tersebut. *walaupun masih terlampau banyak kekurangan lagi huhu* Ini semua berkat korang semua. Selepas ni aku akan berusaha lebih keras lagi untuk mendalami kedua-dua software ni. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, ye dok? ;)
Anyway berbalik kepada tajuk di atas, pernah tak korang alami satu dua tiga atau lebih lagi tanda ganjil setiap kali korang jauh dari rumah? Macam dalam kes aku, rumah aku terletak di Batu Pahat, Johor. Ketika waktu diploma aku belajar di Alor Gajah, Melaka, dan sekarang aku bekerja di Batu Gajah, Perak *macam ada something ja antara aku dan gajah lol*.

Nak tahu apa dia perkara ganjil tersebut..?Aku susah sangat nak tid…

Susah Jadi Buta IT Ni

Image
Assalamualaikum.
Dah berhari-hari aku terkial-kial belajar tentang dua ketul software yang sememangnya banyak menguji kesabaran seorang manusia buta IT macam aku ni .

Inilah dia dua ketul software yang aku cakap tu. Waaaaaa nak nangis. Apa boleh buat, urusan kerja aku memerlukan aku menggunakan kedua-dua software di atas ini. Nak minta kawan sekerja tolong, memang diorang tolong, tapi takkanlah aku nak mintak tolong diorang 24 jam, diorang pun berlambak kerja nak buat. Nak pergi kursus/kelas atau yang seumpamanya tak berapa praktikal bagi situasi seorang pekerja baru macam aku.
Cari di internet memang berlambak-lambak tapi nak cari yang betul-betul simple dan sesuai dengan aku memang tak ada setakat ni. Majoriti semua untuk pro-pro belaka. Aduhailah nasib. Jadii di sini aku nak minta jasa baik korang untuk recommend dekat aku blog-blog atau website yang menyediakan perkhidmatan tutorial yang mudah dan simple bagi beginners seperti aku (kalau dalam Bahasa Melayu laaaaagi bagus)
Terima…

First Giveaway Prelove by Lea Azleeya

Image
Assalamualaikum.
Kite join, korang apa tunggu lagi. Jom meriahkan Giveaway ni lekas !!! (Klik banner comel di atas tu tau)