Syukur Ya Allah

 

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Setelah dua hari bertarung dengan demam dan selsema, sekarang keadaan aku dah semakin baik. Bagi orang yang tersangat jarang dihinggapi penyakit seperti aku, demam kecil sebegini pun dah cukup membuatkan aku tak keruan, sedangkan takdela teruk mana pun. 
Sebenarnya aku agak nervous memandangkan Interview SPA aku berlangsung pada hari Ahad ini. Jadi, kalau demam acano tu nak pergi Johor Bharu yang jaraknya hampir tiga jam dari rumah tu? Haa acano tuuu? Udah la ini kali ketiga tau aku dipanggil untuk interview. Jadi, sudah tentu peluang ini tidak mungkin aku lepaskan dengan begitu mudah. Dapat atau tidak, itu lain cerita. Allah punya kuasa, Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Berbalik kepada topik, aku terdetik untuk menaip entry ini setelah mendengar dan melihat ramai anak-anak muda yang umur lebih kurang sebaya dengan aku yang begitu berjaya dalam kehidupan kerjayanya. Tidak seperti aku......
Jujur ada terdetik rasa cemburu di hati, rasa seperti aku ini hanyalah seorang manusia yang langsung tidak membawa apa-apa kebaikan kepada keluarga, agama, bangsa dan juga negaranya. Aku rasa tak berguna.

Tetapi, rasa cemburu itu semakin pudar apabila aku membaca Firman Allah SWT yang berbunyi

وَإِنْ تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ
Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An Nahl: 18).

Ya Allah. Betapa butanya aku dalam menyedari segala nikmat yang telah Kau berikan kepada aku selama aku hidup di muka bumi Mu. Aku terlalu sibuk mengira yang tiada berbanding menghargai yang ada. Aku lupa bahawa Allah itu Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. 

Sejak itu, aku terus berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik dalam segala pekerjaan yang aku lakukan tanpa membandingkan segala kekurangan dengan manusia ciptaanNya yang lain. 

Mungkin belum tiba lagi masanya untuk aku menyinar, mungkin apa yang aku harapkan tidak seperti mana yang Dia rancangkan. Bukan? Sekarang aku sudah mampu tersenyum melihat kejayaan mereka yang hebat-hebat itu. Bukannya aku tak hebat, sudah tentu aku hebat. Mungkin bukan hebat di dalam bidang mereka, tetapi di dalam bidang yang aku jalani sekarang. 

Aku percaya, sifat syukur itu salah satu rahsia untuk kita merasa tenang dan bahagia. Kadang kala aku terlupa bahawa bukan harta duniawi itu yang utama MashaAllah. Semoga aku terus menjadi seorang manusia yang tahu bersyukur. Amin Ya Rabb.

Salam Sayang.

Comments

  1. Manusia kadang2 lebih memikirkan apa yang tiada daripada menghargai apa yang di depan mata. Alhamdullilah untuk apa yang kita ada skrg :)

    Good luck dalam interview SPA nanti :)

    ReplyDelete
  2. actually kadang2 kita x sedar lagi kita bersyukur, lagi Allah melipat gandakan rezeki. bersyukur dgn apa yg ada n turut bersyukur dgn kejayaan org lain. btw jauhnya tempat interview dgn rumah. neway good luck!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin Ya Rabb.....kannnn :( Terima kasih ye awak :)

      Delete
  3. peringatan buat diri sendiri jugak. syukur dgn apa yg dimiliki dan berusaha untuk cuba memiliki apa yg belum dimiliki. seterusnya hanya tawakal pada-NYA. dan ingat sentiasa bahwa segala yg berlaku ada hikmahnya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Review Filem : Train To Busan (2016)

Makan Makanan Korea di DUBUYO

Backpack ke Ipoh Part 1 : Stesen KTM Ipoh