Posts

Showing posts from April, 2016

GiveAway Mei by Ann

Image
Assalamualaikum wbt..hii Bismillahirahmanirahim..

Klik banner untuk menyertai

Senarai Sponsor: Ann , CikNurul , MissBanu , AmirahAzman , UmieYana , #JMbelog , Azira , Farrah


Review Filem : Forrest Gump (1994)

Image
Assalamualaikum. 
Hari tu aku ada menyertai satu Giveaway anjuran Abam Kiedan tak sangka aku terpilih antara pemenang yang bertuah. Alhamdulillah. Terima kasih kepada penganjur giveaway ini, iaitu Abam Kie dan para blogger yang sponsor dalam memeriahkan giveaway ini :)

Berbalik kepada topik, hari ni aku nak cerita tentang satu filem yang aku tonton banyak kali pun, tak pernah terdetik rasa bosan ke apa. Jeng jeng jeng.....

Filem ini keluar pada tahun 1994 bersamaan tahun kelahiran aku woot woot. Rasanya majoriti mesti pernah tengok atau sekurangnya pernah dengar kan tentang filem ini? Ayah aku panggil filem ni filem orang bodoh. -.-
 Bagi aku pulak filem ini adalah filem orang baik, Forrest Gump memang slow berbanding orang lain yang sebaya dengan dia, tapi dia baik. Dan filem ini membuktikan tak semestinya kau slow, kau tak boleh berjaya. Asalkan kau berusaha, kau tidak putus asa. Dan yang paling penting kau jujur bukan sahaja terhdapa diri kau sendiri, tetapi juga orang lain.
Aku m…

Definition of LOVE

Image
Assalamualaikum..
So, what is LOVE? 
Love is when you can't sleep without having prayed Ish'a, love is when you can't eat without saying Bismillah first, and love is when you say Alhamdulillah remembering all that Allah has blessed you with. 
The true love we all long for and strive to find our entire lives can only be found with Allah, learn to love and obey Him first and then you'll find someone worth loving for His sake.
Cause, wallahi if you don't love Him, there will always be that empty sadness in your life. So dedicate yourself for Allah and you will find the true meaning of Love.
"And He is the Forgiving, the Affectionate"(Quran 85:14)

Prank Call. Perlukah?

Image
Assalamualaikum.
Zaman sekarang ni tak ramai kan yang dengar radio? Dan aku masih lagi termasuk dalam golongan yang tak ramai tu. Sampai sekarang aku masih lagi enjoy mendengar radio, walaupun tak kerap macam zaman sekolah menengah dulu. Kadang-kadang tu bukan kita taknak dengar tapi jadi meluat dengar. 
Dengan celoteh DJ nya yang ntah hapa-hapa, asyik lari tajuk, main lagu sama memanjang*kau tak bayar jangan harapla lagu kau akan dimainkan punya style* buat lawak tak lawak tapi gelak macam pontianak dan lagi satu yang paling berdesing telinga aku tiap kali bukak radio.....PRANK CALL.
Di laman sosial baru-baru ini hangat dengan pengakuan para pendengar yang meluahkan rasa kurang senang mereka dengan beberapa stesen radio tempatan yang kerap melakukan prank call ke atas orang lain yang dikatakan agak keterlaluan. 

Hal rumah tangga boleh dibuat prank ka?Konpius sungguh aku.  Ini baru satu contoh. Sebenarnya banyak lagi yang aku dah dengar sendiri. Kebanyakannya memang tak kelakar, lebih kepa…

Orang Kata Vs Islam Kata

Image
Assalamualaikum.
Jam sudah hampir menunjukkan 1 pagi waktu tempatan. Seorang Zafirah masih lagi terkebil-kebil menghadap laptopnya sehinggalah dia terjumpa beberapa keping gambar yang menarik dan terdetik di hatinya, "Ha nak share lah dekat blog, mana tahu masih ada lagi yang tak tahu tentang ni?" *sorry terover merepek pulak*
Apapun, inilah dia 4 keping gambar tersebut. Gambar yang menunjukkan perbezaan antara adat dan agama atau lebih senang dipanggil Orang Kata vs Islam Kata. 






Renung-renungkanlah sahabatku semua. Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang Nya. Amin Ya Rabb.
Ok, sekarang seorang Zafirah itu nak masuk tidur. Salam Sayang.

Abam Kie's First Giveaway

Image
Sila klik banner di atas jika mahu join
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.
Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:
1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta 2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru 3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid 4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah 5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin 6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra 7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina 8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi 9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor 10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie
Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:
1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?
Perdu Cinta Aksara Biru Najwa Zahid Ayuni Rafilah Julia Jamaludin Mommy Irra Ina Zali…

Syukur Ya Allah

Image
Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Setelah dua hari bertarung dengan demam dan selsema, sekarang keadaan aku dah semakin baik. Bagi orang yang tersangat jarang dihinggapi penyakit seperti aku, demam kecil sebegini pun dah cukup membuatkan aku tak keruan, sedangkan takdela teruk mana pun.  Sebenarnya aku agak nervous memandangkan Interview SPA aku berlangsung pada hari Ahad ini. Jadi, kalau demam acano tu nak pergi Johor Bharu yang jaraknya hampir tiga jam dari rumah tu? Haa acano tuuu? Udah la ini kali ketiga tau aku dipanggil untuk interview. Jadi, sudah tentu peluang ini tidak mungkin aku lepaskan dengan begitu mudah. Dapat atau tidak, itu lain cerita. Allah punya kuasa, Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
Berbalik kepada topik, aku terdetik untuk menaip entry ini setelah mendengar dan melihat ramai anak-anak muda yang umur lebih kurang sebaya dengan aku yang begitu berjaya dalam kehidupan kerjayanya. Tidak seperti aku...... Jujur ada terdetik rasa cemburu di hati, rasa seperti aku i…

Simply Segmen By Shawal & Sofie

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اللهم صل على محمد وآل محمد السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

(klik banner kalau nak join)

Segmen daripada Shawal & Sofie...

Tamat : 27 April 2016
Senarai Hadiah:
1) Topup RM5 x4
2) Review Blog di blog Kak Sofie x2
3) Bloglist Bulan Mei x10 di blog Shawal
Jumlah Pemenang : 16

Tak Manis La

Image
Assalamualaikum.
Korang semua ada tak satu habit yang tak bermula dari satu tahap dan sampai sekarang korang masih lagi buat sampai sekarang. Maksud aku habit yang takdelah diharamkan atau dilarang oleh mana-mana pihak. Cumanya habit itu adalah habit yang tak berapa manis dipandang gituw.
Aku ada. Banyak sebenarnya tapi cukuplah aku cerita dua daripadanya. Karang orang nak datang merisik terus tak jadi lepas baca entry ini hmm. *ini juga salah satu habit aku yang tak berapa nak elok, KUAT BERANGAN*


Aha. Berdasarkan gambar di atas ni apa yang korang dapat agak......? Inilah dia habit yang aku pun tak tahu dari siapa aku warisi, dari siapa aku ikut, aku pun tahu. Sebab dalam family aku, memang aku seorang ja perangai macam ni.
Dulu emak selalu tegur, tak elok makan depan laptop macam tu. Tapi, aku masih begitu. Kering tekak, perut berkeroncong, mata terkedip-kedip mengantuk kalau tak ada sesuatu dalam mulut masa tengah menggunakan laptop huhu.
Ok yang kedua pula ialah......
Btw, gambar di atas…

Kisah Seekor 'Goose'

Image
Assalamualaikum
Daripada memuntahkan kata-kata, cukuplah aku biarkan gambar-gambar ini berbicara. Inilah dia kisah seekor 'goose'.




HAHAHAHAHAHA. Adeh senak perut seorang Zafirah. Sorry semua, aku memang #MudahTerhibur orangnya. Lawak style macam ni memang sungguh lawak style aku.
Credit : @/FarhanAzziqa

Penah Makan Patbingsu?

Image
Assalamualaikum.
Siapa di antara korang yang suka makan ais kacang? Sila angkat lubang hidung. Eh, makan ke minum sebenarnya.........Ok apapun, aku sebagai seorang peminat tegar Ais Kacang ABC 123 ni nak buat sikit appreciation entry kononnya untuk share dengan korang tentang PATBINGSU yang sangat digemari di Korea Selatan.
Mula-mula cakap pasal ais kacang, lepas tu Patbingsu pulak ish ish. Buat pengetahuan korang *yang dah tahu tu sila buat buat tak tahu sekejap eh mmuah* Patbingsu dan ais kacang sama saja sebenarnya, cuma bezanya Patbingsu punya pilihan topping lebih banyak berbanding ais kacang. Al maklumlah kita semua ni berpegang pada adat. Kalau itu ja bahan untuk ais kacang, maka itulah. Kalau tambah bukan-bukan, bukan namanya ais kacang dah tu.
Meh aku tunjuk sikit gambar-gambar Patbingsu dengan korang. Kita kasi teaser sikit, gituwww. Bagi yang nak cuba Patbingsu, korang tak payah susah-susah terbang ke Korea nun, di ioi City Mall dan bermacam tempat di Kuala Lumpur/Selangor pun…

Hobi Murah

Image
Assalamualaikum.
Sekarang pukul 3:38 pagi waktu tempatan, dan aku masih lagi sedang menaip. Bertemankan laptop usang ini *yang aku dah pakai sejak 2011* dan lampu meja yang tak pernah penat menyalakan cahayanya untuk aku *hakikatnya nanti hujung bulan mak bising bil melambung* Maaf emak, I love you.
Btw, pada pagi yang indah ini, aku nak share sedikit gambar-gambar suasana di sekeliling rumah aku yang diambil menggunakan handphone aku. Sebenarnya aku suka sangat ambil gambar, snap snap gituww tapi aku tak ada bakat menggunakan DSLR walaupun masa di UiTM Lendu dulu ada belajar sikit. Itu satu, lagi satu sebab adalah harganya yang sangat mahal *sekurangnya bagi aku la* jadi lebih baik aku tukar hobi lain, yang jimat sikit kosnya*nampak benau kedekutnya*





 Gambar-gambar ni semua dalam kawasan rumah aku. Jalan sikit, snap, jalan sikit, snap. Inilah dia hasilnya tadaaaa *setelah dibantu oleh encik VSCOCAM*. Secara jujurnya akuakui takdelah cantik mana pun gambar-gambar yang aku ambil ni, ini…

Membentuk Minda dan Sikap Positif

Image
Assalamualaikum.
Hari ini aku nak bercerita sedikit tentang sebuah kisah pendek dan pengajaran yang dapat kita perolehi dari kisah tersebut untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Jemput baca kawan-kawan.
Baru hari pertama saya mengajar di sebuah sekolah menengah sebagai seorang pembantu makmal, saya dah berputus asa. Namun begitu, sebelum membuat apa-apa keputusan yang drastik, saya membuat keputusan untuk berjumpa dengan pembantu makmal sebelum ini iaitu Puan Rahimah dan berterus-terang dengannya tentang dilema saya dalam meneruskan pekerjaan saya di sini.

“Macam mana Puan boleh bertahan dengan pengetua yang sempit pemikirannya dan keras kepala tu? Naik hairan saya dibuatnya.” Puan Rahimah tersenyum, manis sekali. Namun, jawapan yang diberikan beliau lebih manis dan menusuk jauh ke dalam kalbu saya. Jawapan yang diberikan melenyapkan segala keraguan saya dengan sekelip mata.

Puan Rahimah menjawab, “Saya mendoakan dia setiap kali di dalam solat. Bukan senang untuk membenci…

1st Giveaway by Semanis Anggur

Image
Assalamualaikum….
Atas permintaan rakan fa ni cik puan Semanis Anggur. Dengan lafas Bis'milahhirahmannirahim, fa melancarkan GA dari Semanis Anggur bermula hari ini. GA ni bertujuan mencari like dan follower yang ke 250..Harap korang sudi undi. Jommmm join GA !! #250

Hadiah : Topup RM10 X 2 pemenang Bloglist(May) Greenfarra X 5 blog Bloglist(May) Semanis Anggur X 5 blog BLOG REVIEW di Greenfarra X 2blog BLOG REVIEW di Semanis Anggur X 2blog *2 hadiah misteri kepada 2 pemenang misteri #250
Date : 24 Mac – 15 April 2016
KLIK BANNER UNTUK JOIN....

Pengalaman Menginap Di Bustel Klebang

Image
Assalamualaikum.
Korang pernah pergi Melaka tak? *eh tiba-tiba sangat lol* Sebenarnya entry kali ini aku nak cerita sikit tentang pengalaman aku menginap selama 2 hari di Bustel Klebang. Eh? Bustel itu apa? Bas kah? Hotel kah? Haaa mai sini aku cerita.

 Kalau dah sampai area Klebang, tak payah susah susah pakai waze, dari nun jauh sana kalau nampak bas berderet tu ha maknanya dah dekat benau la tu.

 Ini office reception dia, amboi office pun nak acah acah bas jugak kan. Di sinilah korang boleh check in, check out, mintak seterika, dan lain-lain lagi. Jangan risau, korang tak payah susah-susah jalan dari bustel korang untuk ke sini (walaupun jaraknya tak sampai pun 100 meter), korang boleh call terus dari telefon yang disediakan di bustel korang kalau ada apa-apa masalah. Oh ya jangan pulak mintak breakfast, lunch bagai ya di sini. Not available. Hihi.
Setelah check in, apa lagi masuk la ke dalam bilik korang. Angin di sini sangat kuat kadang-kadang. Nak bukak pintu pun payah. Sebelum masuk…

Mini Segmen by Syaidah Seha

Image
Assalamualaikum.

Sedang asyik blogwalking, terjumpa satu segmen yang dianjurkan oleh sis Syaidah ni. Syaratnya sangat simple. Apa lagi, mestila nak join. Bukan semata-mata kerana hadiah yang ditawarkan. Tetapi juga untuk mengeratkan silaturrahim sesama bloggers :)

Jom la join sekali, meriahkan lagi segmen in. Mudah sahaja. Klik banner di atas untuk maklumat lanjut :)

Tahap Ikhlas

Image
Assalamualaikum.
Pernah tak korang dengar kisah tentang Tahap Keikhlasan? Aku pun sebenarnya baru sahaja mendengar kisah ini dari rancangan Al-Kulliyah, TV3. Lepas tu aku pun terus melakukan research sedikit di internet untuk mengetahui dengan lebih detail. Belek punya belek, terjumpa satu entry yang menjelaskan tentang ini dengan lebih detail lagi.
Cuba ikuti perbualan di bawah ini :

Ali : Ustaz Don cakap, menurut Imam Ghazali, ikhlas itu ada tiga iaitu tahap seorang hamba, tahap seorang pedagang dan tahap seorang kekasih. Kalau tahap seorang hamba ini, apabila kita buat sesuatu, itu kerana kita takut tuan kita marah.
Awang : Ooo, jadi selama ini aku sembahyang sebab takut kena seksa dekat akhirat nanti, kira ikhlaslah ya?
Ali : Yup betullah tu. Kau ada tanya tadi, kalau kita buat ibadah sebab nak dapat pahala, itu termasuk dalam tahap yang kedua, tahap seorang pedagang. Kita buat sesuatu untuk mendapatkan ganjaran. Jadi, tak ada masalahlah kalau kau solat sebab nak dapat pahala. Itu …

Mini Giveaway By Niena Annisa

Image
ASSALAMUALAIKUM

*click banner to join
Apa khabar semua? Jom ramai-ramai meriahkan first giveaway daripada Niena.
Giveaway ini bermula dari 3 April dan berakhir pada 30 April 2016 pada jam 11.59 malam. Syarat penyertaan amat mudah. Niena harap semua dapat ikut ya.


HADIAH :





Shawl chiffon x 2 pemenang